FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Dapatkan Inspirasi Melalui Buku Autobiografi yang Terkenal

Dapatkan Inspirasi Melalui Buku Autobiografi yang Terkenal

Buku autobiografi adalah suatu karya yang melibatkan penulisan tentang riwayat hidup seseorang oleh individu itu sendiri. Ia adalah penceritaan peribadi yang menggambarkan peristiwa-peristiwa penting, pengalaman, kejadian serta perasaan penulis sepanjang hidupnya. Kebiasaannya, buku autobiografi mengandungi asal-usul, latar belakang, pendidikan, perkembangan kerjaya, pencapaian yang besar dan filosofi mereka sendiri.

Keunikan buku autobiografi adalah penulisannya menerusi perspektif orang pertama, di mana penulis adalah subjek utama dari cerita tersebut dan memberikan pandangan yang intim tentang kehidupan mereka sendiri. Autobiografi juga dikategorikan sebagai buku non-fiksyen di Malaysia.

Nama Saya Hasmah


[ Karangkraf Mall ]

Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, seorang tokoh terkemuka di Malaysia, telah berkongsi kisah kehidupan beliau dalam buku yang berjudul "Nama Saya Hasmah". Buku ini membuka tirai kehidupan seorang wanita yang mendedikasikan hidupnya kepada negara dan perjuangan hak wanita. 

Buku "Nama Saya Hasmah" adalah kisah kehidupan seorang wanita luar biasa yang telah memberi sumbangan besar kepada Malaysia. Buku non-fiksyen malaysia ini mendedahkan aspek-aspek penting dalam perjalanan hidup Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, termasuk pendidikan perubatannya, perkhidmatan kesihatan, perjuangan hak wanita, perkahwinannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kisah keluarga.

Salah satu aspek yang paling bernilai dalam kisah hidupnya adalah perjuangan untuk meningkatkan martabat wanita dari segi ekonomi dan pendidikan. Dr. Siti Hasmah membuktikan bahawa wanita juga boleh mencapai kecemerlangan dalam kerjaya dan menyumbang kepada masyarakat dan negara. Karya ini juga terdapat di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Pengasas Beras Faiza

[ Karangkraf Mall ]

Industri beras telah sebati dengan kehidupan masyarakat di Malaysia sebagai makanan asas yang menjadi sebahagian daripada hidangan harian. Dalam sektor ini, satu nama telah muncul sebagai ikon dalam penyediaan beras berkualiti tinggi. Beliau ialah pengasas beras Faiza, Puan Faiza. 

Pengasas Faiza, dikenali juga sebagai Puan Faiza, merupakan tokoh penting dalam industri beras Malaysia. Perjalanan beliau bermula pada tahun 1983 dengan cita-cita untuk menyediakan beras berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil di Perak dan melalui pelbagai cabaran dalam perjalanan hidupnya. Namun, semangat serta keazamnya dalam menjayakan perniagaan beras membawanya ke puncak kejayaan.

Puan Faiza memulakan perniagaan dengan hanya tiga pekerja. Kini, syarikatnya telah menjadi pengeluar beras terkemuka dengan pelbagai produk termasuk beras basmathi dan beras wangi. Keunikan beras Faiza adalah penambahan herba dan rempah yang memberikan rasa istimewa kepada produknya.

Kisah hidup Puan Faiza memberi inspirasi kepada ramai usahawan di luar sana dengan nilai kesabaran, ketekunan dan semangat daya saing yang tinggi. Beliau membuktikan bahawa usaha dan kegigihan boleh mengatasi segala rintangan.

Hitam Putih

[Karangkraf Mall]

"Hitam Putih" adalah hasil karya autobiografi yang menggambarkan perjalanan hidup Zamani Ibrahim secara mendalam. Dalam karya ini, penyanyi tersebut dengan jujur berkongsi pengalaman peribadinya dan cabaran yang dihadapinya sepanjang perjalanan kehidupannya. Autobiografi ini menjadi panduan yang mendedahkan pelbagai aspek liku perjalanan kehidupan beliau, serta menampilkan pengajaran dan pengalaman yang menarik minat pembaca.

Dalam autobiografi ini, Zamani Ibrahim membawa pembaca melalui detik-detik bersejarah dalam hidupnya. Beliau mengungkapkan bagaimana cabaran membentuk perjalanan hidupnya. Melalui buku ini, pembaca dapat megenali beliau dengan lebih dalam lagi dengan pengembaraan dan kegemilangan beliau sebagai salah seorang penyanyi unggul pada suatu ketika dahulu.

"Hitam Putih" adalah sebuah karya yang tulus dan jujur oleh Zamani Ibrahim. Autobiografi ini akan menceritakan pelbagai kisah-kisah menarik yang dilalui oleh beliau sepanjang bergelar seorang penyanyi legenda di Malaysia. Dapatkan sekarang di kedai buku online di malaysia

Di Sebalik Nama

[Karangkraf Mall]

"Di Sebalik Nama" oleh Tan Sri Nazir Razak memaparkan secara terperinci kehidupan seorang ikon profesional dan seorang tokoh utama dalam arena kewangan Malaysia, Tan Sri Nazir Razak. Buku ini menggambarkan perjuangan, pencapaian serta pemikiran beliau yang menjadi landasan kejayaannya dalam industri kewangan tempatan.  

Tan Sri Nazir Razak merupakan seorang tokoh yang membangunkan Kumpulan CIMB ke puncak kejayaan sebagai salah sebuah bank utama di rantau ASEAN. Dalam tiga dekad kerjayanya, beliau menyaksikan urusniaga besar, perebutan kuasa serta kemenangan dan kekalahan yang melibatkan ramai individu. 

Buku ini memaparkan kisah Nazir, termasuk pengalaman membesar dalam keluarga politik terkemuka Malaysia dan menyanjung tinggi warisan bapanya, Tun Abdul Razak, yang dihormati sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua. Beliau juga merupakan adik kepada Dato’ Sri Najib Razak, mantan Perdana Menteri yang terjejas dengan skandal 1MDB, yang kesannya masih dirasai hingga kini.

Terbang Tinggi 



[Karangkraf Mall]

Buku "Terbang Tinggi" membawa pembaca ke menyelami pengalaman Tony Fernandes iaitu ikon industri penerbangan tanahair. Autobiografi ini adalah rumusan cerita seorang pemimpin perniagaan yang luar biasa. Beliau juga merupakan individu yang mencipta syarikat penerbangan bajet pertama di Asia. Diterbitkan semasa Tony kembali sebagai wajah siri kedua Apprentice Asia, kisah peribadi yang penuh dengan motivasi ini wajar dijadikan inspirasi buat pembaca di seluruh Asia.

Kejayaan Tony Fernandes dalam bidang penerbangan tidak dapat dinafikan lagi. Meskipun beliau pernah bercita-cita menjadi juruterbang, pemandu profesional dan pemain bola sepak. Ibu beliau merupakan wanita penting dalam bisnes Tupperware, manakala bapanya, seorang doktor yang sangat menitikberatkan akademik. 

Walaupun berada di puncak kejayaan, Tony tetap rendah hati dan mesra. Ramai yang todak tahu bahawa Tony merupakan salah seorang individu yang memperkasakan kumpulan nasyid RAIHAN dalam bidang seni muzik Islamik di seluruh dunia. Ia merupakan suatu titik tumpuan yang menginspirasi dan menanam semangat motivasi kepada para pembaca.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku-buku autobiografi ini, anda boleh mendapatkannya secara dalam talian melalui Karangkraf Mall, sebuah laman web kedai buku online di Malaysia. 

FAQs

  1. Apakah perbezaan antara fiksyen dan autobiografi?

    Fiksyen adalah hasil ciptaan kreativiti dan imaginasi penulis. Genre ini merangkumi cerita dan watak yang bukan berdasarkan realiti. Sebaliknya, autobiografi adalah cerita tentang pengalaman sebenar penulis sendiri. Ia menampilkan peristiwa-peristiwa sebenar, perasaan dan pandangan penulis terhadap peristiwa dalam kehidupannya dan turut mengulas dunia peribadi penulis tanpa unsur rekaan atau imaginasi.  

  2. Apakah manfaat membaca autobiografi?

    Autobiografi bukan sahaja berkisarkan pengalaman penulis, tetapi juga menginspirasi pembaca dengan wawasan peribadi yang unik. Ia membawa pemahaman yang mendalam tentang cabaran, kejayaan dan pengajaran yang tidak dapat diperoleh dari bahan bacaan lain. Kisah peribadi ini dapat memberi perspektif yang berbeza kepada cara pembaca melihat dunia dan dapat meningkatkan motivasi serta memahami pelbagai pengalaman hidup individu lain yang terkandung di dalamnya.

  3. Adakah autobiografi terhad kepada individu terkenal sahaja?

    Autobiografi memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menceritakan kisah hidup mereka sendiri. Karya ini tidak terhad kepada individu terkenal. Sesiapa sahaja boleh menulis tentang pengalaman atau pandangan hidup mereka. Ia merangkumi pelbagai sudut cerita dan memberi suara kepada individu dari pelbagai latar belakang, membolehkan setiap orang berkongsi perjalanan hidup mereka dengan pembaca untuk memberi inspirasi dan pengajaran.

  4. Adakah autobiografi perlu ditulis dalam urutan kronologi?

    Walaupun sesetengah autobiografi mengikuti aliran kronologi peristiwa, ada yang menggunakan pendekatan struktur yang berbeza bagi menarik minat pembaca. Sesetengah autobiografi mempunyai corak struktur yang kreatif dan tidak mengikut urutan waktu  untuk menonjolkan peristiwa penting atau memberi fokus pada tema tertentu. Pendekatan yang berbeza ini dapat mengelakkan pembaca dari berasa bosan dan meningkatkan penghayatan kisah hidup yang disampaikan dalam autobiografi.  

 

  1. Di manakah para pembaca boleh mendapatkan buku-buku autobiografi dengan pantas dan mudah

    Pembaca di Malaysia boleh mendapatkan buku-buku autobiografi ini dengan mudah di Karangkraf Mall, sebuah platform yang terkenal dengan pelbagai pilihan buku serta karya terkini. Dengan kemudahan akses dalam talian, pembaca boleh mencari buku pilihan dan membelinya dengan cepat melalui laman web Karangkraf Mall yang menawarkan kemudahan proses pembelian dan daftar keluar kepada para pembaca.

Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping