FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
[Sumber]
Masakan Melayu adalah salah satu warisan budaya yang kaya dengan citarasa yang memikat lidah. Ia memperlihatkan keunikan dan keanekaragaman setiap hidangan yang tidak hanya memuaskan perut tetapi juga merangkumi nilai-nilai tradisi dan sejarah. Dari nasi lemak yang wangi hingga rendang yang lazat, masakan Melayu telah mencuri perhatian ramai di seluruh dunia.
Di Karangkraf Mall, kami menawarkan koleksi buku resepi masakan malaysia yang menarik untuk membantu anda di dapur. Mulai dari hidangan tradisional hingga hidangan moden, buku-buku kami memuatkan resipi-resipi masakan yang semestinya mudah untuk diikuti dan hasilnya turut memuaskan. Dengan memiliki koleksi buku resipi malaysia, anda akan dapat menyajikan hidangan istimewa untuk keluarga dan kawan-kawan anda.
Buku-buku resipi di Karangkraf Mall dilengkapi dengan langkah-langkah memasak yang jelas, gambar-gambar yang menyelerakan dan tips yang berguna dari professional. Koleksi buku resipi di bawah ini tidak hanya menyajikan resipi-resipi yang lengkap, tetapi juga dapat menambah pengetahuan anda dengan memberikan informasi mengenai sejarah dan kebudayaan di sebalik setiap hidangan.
‘Lauk-Pauk Kampung' adalah salah satu koleksi buku resipi yang terdapat di Karangkraf Mall yang menampilkan hidangan-hidangan tradisional Malaysia yang lazat.
Dalam buku ini, anda akan menemukan pelbagai resipi yang terinspirasi daripada masakan kampung yang kaya dengan citarasa tempatan. Buku resipi ini juga menceritakan serba sedikit akan asal-usul budaya makanan Malaysia di samping memperkenalkan anda kepada warisan kulinari masakan Melayu.
Mulai dari gulai, rendang, sambal sehingga asam pedas, 'Lauk-Pauk Kampung' memiliki resipi-resipi yang lengkap dan arahan langkah demi langkah yang mudah untuk diikuti. Terdapat juga rahsia mengolah rempah-rempah tradisional yang membuatkan hidangan menjadi lebih lazat dan menyelerakan di dalam buku ini.
Buku ini merupakan panduan lengkap yang menyajikan pelbagai resipi hidangan popular yang disukai oleh masyarakat Malaysia. Bukan sahaja lauk-pauk, buku ini juga menyediakan pelbagai jenis resipi nasi, kuih-muih dan roti.
Di dalam buku ini, anda akan menemui lebih daripada 100 resipi yang merangkumi pelbagai jenis masakan mulai dari masakan tradisional hingga hidangan moden yang menjadi kegemaran di Malaysia. Setiap resipi dilengkapi dengan petunjuk, cara-cara memasak yang mudah untuk diikuti dan senarai bahan-bahan yang diperlukan.
Koleksi '100++ Menu Popular Orang Malaysia' memudahkan anda untuk menyediakan hidangan-hidangan yang lazat dan semestinya menyelerakan. Anda juga akan dapat belajar tentang penggunaan rempah-rempah yang khas, teknik memasak yang tepat dan cara menghasilkan hidangan yang asli.
Buku ini menampilkan resipi-resipi yang disusun dengan teliti dan bahan-bahan yang mudah ditemui. Anda akan dihidangkan dengan hidangan-hidangan tradisional yang kaya akan citarasa tempatan yang mengingatkan kita kepada masakan ibu di kampung. Dengan memiliki buku resipi 'Selera Masakan Kampung’, anda dapat menghidupkan kembali tradisi masakan kampung yang lazat dengan menggabungkan ulam-ulaman dan herba yang berkhasiat.
Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang menggemari masakan kampung dan ingin menyajikan hidangan-hidangan mudah dan sedap di meja makan keluarga. Antara hidangan yang terdapat di dalam buku ini ialah ayam hitam manis, itik ungkep, sup halia ayam kampung, ayam labu manis dan lain-lain.
Dalam buku ini, anda akan menemukan pelbagai resipi kuih kukus tradisional. Buku ini menyajikan resipi seperti kuih lapis, seri muka, kuih talam dan banyak lagi. Setiap resipi dilengkapi dengan tips mengukus kuih dengan betul supaya anda dapat menikmati kuih kukus yang lazat.
Buku ini dihasilkan khusus untuk membantu anda dalam memahami teknik-teknik asas dalam menghasilkan kuih kukus dengan menampilkan langkah-langkah yang jelas dan terperinci. Mulai dari persiapan bahan, cara pengukusan yang tepat sehingga petua untuk mencapai hasil tekstur dan rasa yang sempurna, buku ini akan menjadi garis panduan yang berharga bagi para pecinta kuih kukus.
'Kuih Kukus - Langkah Demi Langkah' adalah buku resipi yang sempurna bagi sesiapa saja yang ingin menguasai seni pembuatan kuih kukus. Baik anda seorang yang baru belajar atau seorang peniaga yang ingin menambah hasil jualan, buku ini adalah pilihan yang tepat.
Koleksi 'Resipi Kuih Muih Melayu' mengandungi resipi-resipi yang penuh dengan kekayaan citarasa kuih tradisional Melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Buku ini tidak hanya menyajikan resipi-resipi yang lengkap dengan bahan-bahan yang mudah didapati, tetapi juga terdapat pengetahuan tentang sejarah dan makna dari setiap kuih. Ini sekaligus akan membantu untuk memperkayakan pengalaman memasak anda.
Dengan mendapatkan 'Resipi Kuih Muih Melayu', anda akan dapat menghasilkan hidangan kuih yang sedap dengan kemahiran yang sempurna. Buku ini sesuai untuk individu yang ingin menjaga kekayaan warisan kulinari Melayu dan menghidangkan kuih-muih Melayu di acara-acara istimewa atau dinikmati bersama keluarga dan orang terdekat.
Melalui buku-buku ini, anda akan menemui koleksi resipi masakan Melayu yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Setiap resipi dihasilkan dengan penuh teliti supaya rasa asal masakan Melayu akan tetap terjaga.
Selain itu, resipi-resipi ini juga menggabungkan penggunaan rempah-ratus khas, bahan-bahan segar dan teknik memasak tradisional yang akan menghasilkan hidangan yang mencerminkan rasa masakan Melayu yang semestinya asli dan sedap.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku-buku resipi ini! Segera kunjungi Karangkraf Mall dan dapatkan buku resepi masakan Melayu Malaysia yang akan membantu anda di dapur dan menikmati kelazatan citarasa masakan Melayu yang tak ternilai
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.