Description
Satu nama yang jarang didengar, namun Syeikh Ahmad Al-Khatib merupakan seorang guru kepada ulama alam melayu dan diiktiraf dalam dunia Islam. Beliau disenaraikan sebagai ulama Makkah yang berwibawa dalam mazhab Imam al-Syafie.
Beliau diminta untuk mengeluarkan fatwa yang rumit termasuk masalah perbankan yang menggunakan bon atau cek yang diakui bank. Ditanya tentang pemilikan harta yang ditinggalkan tuannya dalam masa yang lama dan persoalan untuk menentukan nasab anak zina.
Selain itu, beliau mengeluarkan pendapat tentang hukum zakat bijiran yang tidak disenaraikan dalam kitab fiqh muktabar serta memberi fatwa tentang amalan kesufian dan khurafat yang berlaku di Alam Melayu. Sesungguhnya beliau menjadi rujukan buat umat keseluruhannya. Ulama Mesir, Makkah, India dan rantau Islam yang lain menjadikan beliau sebagai pakar rujuk masalah umat Islam yang rumit.