Description
Berbekalkan ikrar cinta yang tulus, dua jiwa yang bertaut dalam ikatan pernikahan kini melangkah ke gerbang pembinaan ânegara" kecil, iaitu sebuah rumah tangga. Berkongsi hidup di dalam ânegaraâ berasaskan cinta umpama syurga duniawi, kerana segala yang terbatas oleh agama kini dapat sama-sama dikecapi.
Namun, cinta semata tanpa kebijaksanaan dan tanggungjawab akan menyebabkan ânegaraâ yang ditadbir bersama menuju ke arah keretakan serta perbalahan. Seandainya terus dikemudi tanpa pedoman, boleh merobohkan kota kepercayaan yang telah dibina.
Dalam sambungan Aku Terima Nikahnya ini, Hasrizal Abdul Jamil menitipkan secebis pesanan lagi kepada pembina "negara" ini. Segalanya demi mempertahankan erti Bercinta Sampai Ke Syurga.