Description
Berbekalkan ikrar cinta yang tulus, dua jiwa yang bertaut dalam ikatan pernikahan kini melangkah ke gerbang pembinaan negara" kecil, iaitu sebuah rumah tangga. Berkongsi hidup di dalam negara berasaskan cinta umpama syurga duniawi, kerana segala yang terbatas oleh agama kini dapat sama-sama dikecapi.
Namun, cinta semata tanpa kebijaksanaan dan tanggungjawab akan menyebabkan negara yang ditadbir bersama menuju ke arah keretakan serta perbalahan. Seandainya terus dikemudi tanpa pedoman, boleh merobohkan kota kepercayaan yang telah dibina.
Dalam sambungan Aku Terima Nikahnya ini, Hasrizal Abdul Jamil menitipkan secebis pesanan lagi kepada pembina "negara" ini. Segalanya demi mempertahankan erti Bercinta Sampai Ke Syurga.