Description
Pelayaran pulang Laksamana Sunan ke kampung halaman, penuh dugaan. Di sebalik desiran ombak dan hembusan angin malam, bayang-bayang kejahatan semakin menghampiri. Bahtera yang membawa harapan dan cinta telah diserang oleh musuh tanpa belas.
Laksamana Sunan bukan sahaja harus mempertahankan diri, tetapi juga insan-insan yang bergantung harap padanya. Kehadiran seorang gadis yang tidak diduga juga memaksa Laksamana Sunan mempertahankan bahtera mereka. Mampukah dia menyelamatkan semuanya atau mereka tenggelam dalam badai takdir yang tidak terduga?
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
MUKASURAT: 100