Description
Pertemuan dengan jejaka bernama Haffiy Rayyan di gimnasium kolej membuatkan hati Jay rasa berdebar-debar. Wajah jejaka itu mirip seperti penyanyi Korea, Jaejoong. Siapa yang tak cair kalau dapat cuci mata tengok dia? Bermulalah bibit persahabatan antara Jay dan Haffiy sehingga ke universiti. Persahabatan yang utuh membibitkan rasa cinta dalam hati Haffiy walaupun pada ketika itu dia sudah mempunyai teman wanita bernama Maya. Namun, konflik dalam keluarga Maya membuatkan Haffiy berat hati untuk meninggalkan gadis itu.
Rasa cinta yang membara terhadap Jay membuatkan Haffiy memutuskan untuk melepaskan Maya. Maya yang berdendam telah bersekongkol dengan pak cik Jay, iaitu Johan untuk membalas dendam terhadap Jay dan Haffiy. Berjayakah Maya melaksanakan dendamnya. Bagaimana pula dengan kisah penyatuan hati Jay dan Haffiy. Mampukah mereka bersama?
“Haffiy a.k.a. Ryan, kau tahu tak kau dah beruntung hari ni sebab kena pijak dengan aku? Buat pengetahuan kau, ramai peminat tegar kaki aku ni. Banyak-banyak orang, kau yang tak ada kelas nilah yang bertuah sebab dapat rasa penangan kaki aku. Tak ke bangga namanya?” ~ Jay
“Saya pegang bahu awak aje RM50. Tambah tolak darab bahagi, awak peluk saya, awak kena bayar RM100 pada saya. So, awak bagi saya RM50 ajelah. Okey?” ~ Haffiy
“Aku akan tamatkan sejarah kita walaupun kau terpaksa mati!” ~ Maya
Halaman: ~560 mukasurat