Description
Mengandungi 319 Tafsir Bertema - Istimewa Untuk Muslimah. Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang besar dan selesa untuk dibaca.
Disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema Akidah & Akhlak sesuai bagi golongan wanita.
1) Tema HUKUM - Berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh, ayat tersebut berlaku juga pada golongan wanita.
2) Tema IBRAH - Menceritakan kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.
3) Tema TOKOH WANITA - Menerangkan tentang tokoh-tokoh wanita di dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang harus diikuti atau dijauhi.
4) Tema AKIDAH & AKHLAK - Menghuraikan berkenaan akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhi akhlak tercela supaya terhindar daripada kemurkaan-NYA.
Eksklusif dibawakan 33 Pesanan Rasulullah SAW kepada wanits di akhir mushaf. Mushaf Al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia ini lengkap dengan tajwid berwarna. Khat al-Quran menggunakan penulisan Resam Uthmani. Mempunyai Panduan Tanda Waqaf dan Tanda Bacaan.
Disemak oleh Ahli Lajnah Tasheh Al-Quran KDN Malaysia dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
Apa yang ada di dalam set Muslimah ini:
Al-Quran Muslimah A5
Kad doa
Kalendar haid
Quote card
Penanda buku
Penunjuk al-Quran