Description
Alpa? Siapa yang tidak pernah alpa? Tapi alpa ini penyakit yang berbahaya. Bersebab alpa, kita rugi banyak peluang untuk berbuat baik. Tahu tapi sengaja buat tidak tahu, lalu melangsungkan perbuatan-perbuatan yang tidak produktif sebagai remaja Islam.
Sekian banyak perkara-perkara negatif dihubungkaitkan dengan mereka: buang masa, tak solat, tak bersyukur, putus asa, rasa tidak tenteram, gelisah kerana rezeki yang sedikit.
Benar, buku ini menyentuh sisi-sisi negatif remaja, tetapi ia bukanlah untuk menyalahkan tetapi lebih untuk ‘menekan butang-butang positif’ dalam diri remaja supaya ‘terjaga’ lalu membuahkan tindakan-tindakan yang berfaedah. Never take for granted untuk apa yang Allah telah beri dalam hidup.
Syukur dan upgrade diri kerana di hujungnya, manusia tetap boleh berubah.