Description
Kerana buku,
"Minat membaca akan melahirkan keinginan yang tidak dapat ditahan-tahan hingga ketagihan untuk membaca buku datang tanpa dipaksa-paksa."
Hanya jauhari yang mengenal manikam. Aku, Buku dan Kota Kaherah.
Penulis menceritakan pengalaman beliau tentang dunia buku yang dilaluinya. Ada apa dengan buku? Objek yang tak bernyawa itu? Tapi ia punya aura yang memikat hingga beliau memburu buku-buku lama, terpakai dan nadir. Asyiknya mencium bau buku-buku lama begitu mengujakan. Kita? Pasti merasai pengalaman yang sama juga. Hanya pencinta buku tahu apa perasaannya.