Description
Kita wajar menangis apabila melihat tanah air kita, Malaysia, makin tenggelam dalam lumpur maksiat yang busuk dan menjijikkan. Maksiat makin berani dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan dan rasa bersalah. Lalu generasi yang lahir adalah mereka yang sudah lunyai jiwa dan minda mereka dengan hiburan kemaksiatan yang menghakis iman dalam jiwa mereka. Dosa-dosa besar ini tidak mungkin dibiarkan tanpa mendapat kemurkaan Allah.
Namun hakikatnya, kita tidak dihukum atas apa yang kita lakukan, tetapi juga ata apa yang kita biarkan berlaku. Kerana membiarkan maksiat dan enggan mencegahnya adalah maksiat! Lalu buku AKU BUKAN PENDOSA ini adalah sebuah buku bagi membantu masyarakat mengaudit kembali amalan hidup mereka seharian.
Apakah terpalit dosa-dosa besar yang mereka lakukan secara sengaja atau tidak. 70 dosa yang disenaraikan dalam buku ini adalah dosa-dosa yang dilakukan manusia sepanjang zaman. Menariknya, sekali pun zaman berubah, dosa-dosa ini begitu kalis masa sehingga mampu bertahan hingga kini walau pun dengan wajah-wajah dosa yang berbeza.