Description
Bukan bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI.
Bukan bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI. Jangan ada sesiapa yang menyangka bahawa hadirnya ADUHAI ISTERI ini adalah untuk menggalakkan pertelingkahan antara suami dan isteri atau sengaja membesar-besarkan jurang perbezaan. ADUHAI ISTERI sekadar berkongsi kisah agar sama-sama dapat memperbaiki diri.
Dalam sesebuah perhubungan, kita harus berterus terang tidak kira sebagai suami, isteri mahupun kekasih. Jangan simpan keburukan di bawah karpet kerana sikap itu lama-kelamaan hanya akan membikin karpet bertukar reput.
ADUHAI ISTERI adalah semata-mata kompilasi kisah pengalaman suka duka, pahit manis yang melibatkan orang biasa dan diceritakan semula oleh orang biasa. Yang menjadikannya luar biasa hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa.
Antara pengisian menarik:
- Henti buli isteri pada bulan puasa
- Hikmah bau ketiak lelaki
- Jangan belajar bahasa Inggeris daripada isteri
- Lelaki curang lebih cepat mati
- Janggut suami suburkan isteri
- Wanita makin berumur makin hot
- Solat Jumaat pada hari Khamis
- Apabila orang kampung saya ‘speaking’
- Rumitkah berurusan dengan wanita
- Kisah kasut koyak