Description
Rindu - Mr. Rahsia! pening kepala Hnani apabila terfikir nama yang sering manggangu hidupnya melalui SMS. Daam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr.Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.
Kasih - Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada saja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.
Cinta - Hanani keliru. Cintanya sudak mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr.Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati meraka turut merasakannya?
Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia penasaran atau Mr.Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?