Description
Kemeriahan kenduri dapat dirasai lebih-lebih lagi jika ia sebuah majlis perkahwinan. Suasananya sudah tentu riuh-rendah dengan sanak-saudara, tetamu jemputan juga paluan kompang menyambut ketibaan mempelai. Namun, pelbagai perkara perlu disediakan sebelum tibanya hari penting tersebut. Selain memikirkan soal persiapan seperti pelamin, kamar pengantin dan hantaran, menu yang akan dihidangkan pada hari itu juga perlu dititikberatkan. Sama ada bermula daripada tetamu sehinggalah di meja makan beradap.
Buku 100 Selera Pengantin & Lauk Kenduri menyediakan 100 menu sedap dan mudah sebagai hidangan pada hari bahagia tersebut. Manisan buat mempelai, santapan lauk pengantin dan pelbagai hidangan merai tetamu boleh anda dapat dalam satu buku ini.
Selamat mencuba!