Description
Setiap kali menjelang perayaan pastinya akan diraikan dengan meriah dan diwarnai dengan pelbagai adat resam mengikut kepercayaan masing-masing.
Setiap kali menjelang perayaan pastinya akan diraikan dengan meriah dan diwarnai dengan pelbagai adat resam mengikut kepercayaan masing-masing. Pastinya juadah dan hidangan basah atau kering menjadi sajian utama dalam sesuatu perayaan. Pelbagai makanan tradisi menjadi pilihan untuk meraikan kedatangan bulan-bulan perayaan tersebut.
Di dalam buku ini mengandungi 100 hidangan perayaan bagi setiap kaum iaitu perayaan bagi umat Islam, perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Krismas, perayaan Deepavali dan perayaan bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Pelbagai resipi tradisional dan moden digabungkan di dalam buku ini. Oleh itu, jadikan buku ini sebagai teman rujukan anda ketika memasak.